Informasi Permainan Video Terkini
MSI Melancarkan GE75 Raider – Laptop Permainan Video Dengan Harga Bermula RM7999

MSI Melancarkan GE75 Raider – Laptop Permainan Video Dengan Harga Bermula RM7999

Diterbitkan pada November 1, 2018 oleh .

Di acara pengumuman siri laptop Presitige, MSI selain berkongsi komitmen mereka mengembangkan industri e-sukan melalui kerjasama bersama dengan ESL, mereka juga mengumumkan model baharu untuk laptop permainan video iaitu GE75 Raider.

GE75 Raider meneruskan DNA rekaan laptop permainan video MSI yang dikemaskan menggunakan pemotong permata. Ia hadir dengan paparan bersaiz 17.3″ resolusi Full HD (1920×1080). Paparan tersebut juga mempunyai kadar segar semula 144Hz dengan masa tindak balas 3ms.

Bagi pemprosesan ia menggunakan cip Intel Core i7-8750H dengan frekuensi kuasa 2.20GHz dan kadar maksimum frekuensi Turbo sehingga 4.10GHz. Bagi RAM, ia mempunyai 16GB memori DDR4 2666 dan storan dalam sebanyak 256GB NVMe SSD + 1TB HDD (7200 rpm).

Setiap model GE75 juga hadir dengan teknologi Cooler Boost 5 di mana MSI mengatakan akan memberikan pengawalan haba yang efektif dan senyap yang memberikan pengalaman bermain yang baik walaupun untuk jangka masa lama dan permainan yang berkuasa berat. Selain itu ia juga hadir dengan papan kekunci yang direka oleh SteelSeries yang mempunyai teknologi RGB pada setiap kekunci.

Bagi pemprosesan grafik, ia menyediakan dua pilihan iaitu model GE75 Raider 8RF yang menggunakan GeForce GTX 1070 8GB GDDR5 dan berharga RM9,499. Manakala model GE75 8RE menggunakan GeForce GTX 1060 6GB GDDR5 dan berharga RM7,999.


TIPS & ULASAN