Zynga melalui laporan kewangan suku ke-3 mereka hari ini mengumumkan yang mereka mendapat hak untuk menerbitkan permainan mudah alih berdasarkan IP Harry Potter.
Mereka merancang untuk mengeluarkan permua tekaria match-three berdasarkan Harry Potter pada separuh kedua tahun 2019. Di pengumuman lain mereka juga bakal mengeluarkan dua permua berdasarkan Game of Thrones di mana permua yang pertama akan dikeluarkan pada separuh kedua tahun 2019 yang merupakan permainan slot.
Selain itu, mereka juga akan menerbitkan permua berdasarkan Star Wars dan buat masa ini mereka sedang membangunkan satu permua dengan pilihan untuk membangunkan permua kedua di masa hadapan.
Walaupun mendapat kebenaran menerbitkan permainan berdasarkan IP yang besar seperti ini akan tetapi kita sudah boleh menjangkakan jenis permua yang akan dikeluarkan oleh Zynga.
Selain IP dari pihak ketiga, mereka juga bakal hadir dengan pembaharuan untuk permua mereka sendiri iaitu FarmVille dan CityVille. Ia dijangkakan akan dikeluarkan pada akhir tahun hadapan.