Skip to main content

Siri animasi Castlevania bagi musim ke-2 sudah dikeluarkan pada 26 Oktober lepas di Netflix. Selepas mendapat ulasan serta penerimaan yang baik, tampaknya Netflix akan meneruskan siri tersebut untuk musim ke-3.

Selain itu, mereka juga menambah jumlah episod kepada 10 episod berbanding 8 episod untuk musim ke-2 yang juga meningkat daripada 4 episod untuk musim pertama. Musim baharu tersebut juga akan terus menggunakan penulis asal iaitu Warren Ellis dan pengarah Sam Deats.

Penerbit eksekutif untuk siri ini iaitu Adi Shankar sebelum ini diura-urakan akan menerbitkan siri animasi untuk siri permainan The Legend of Zelda. Menurut beliau, peluang itu diperoleh selepas kejayaan siri Castlevania ini.

Leave a Reply