MediEvil iaitu permainan klasik di Playstation 1 beberapa tahun lepas, sebelum ini diumumkan oleh Sony bahawa mereka akan membawa semula permainan tersebut ke konsol Playstation 4.
Menariknya, Sont juga sebelum ini mengesahkan bahawa permainan ini merupakan permainan yang diolahkan semula. Kini, Sony akhirnya berkongsi trailer pertama buat permainan tersebut.
MediEvil memfokuskan watak Sir Daniel Fortesque., dimana beliau merupakan seorang pahlawan wira yang terkorban ketika bertempur. Namun, beliau diberi peluang untuk membalas dendam terhadap ketua musuh ahli sihir Lord Zarok, dimana Sir Dan dihidupkan semula untuk sekali lagi diberi peluang untuk menyelamatkan Kingdom of Gallowmere.
Melalui versi perolahan-semula ini, Sony menyatakan bahawa mereka akan menaik-taraf pelbagai bentuk visual dimana mereka menghasilkannya secara semula dari awal dengan grafik dan tekstur baru. Menariknya juga, versi terbaru ini juga akan mempunyai sokongan resolusi 4k buat Playstation 4 Pro.
Bagi anda yang tidak sabar untuk mengembara semula bersama Sir Dan, MediEvil dirancang untuk dilancarkan pada tahun hadapan secara esklusif di Playstation 4.