Kejohanan Dota 2 The Kuala Lumpur Major akan berlangsung pada 16 hingga 18 November di Axiata Arena, Bukit Jalil. Kejohanan ini melibatkan 16 pasukan antarabangsa yang akan bertanding untuk merebut wang hadiah terkumpul lebih dari RM4 juta.
Seperti kita sedia maklum, The Kuala Lumpur Major akan mempunyai tiga kategori tiket iaitu;
Dengan kerjasama bersama eGG Network selaku penganjur utama untuk kejohanan ini, kami di Aksiz minggu ini mempunyai 2 keping tiket Divine dan 2 keping tiket Ancient untuk diberikan kepada anda.
Seperti yang kami umum di dalam video Minggua Aksiz lepas, bagi memberikan peluang untuk anda memenangi 2 keping tiket Ancient, anda hanya perlu meninggalkan komen di mana-mana penulisan di Aksiz.com yang diterbitkan dari 29 Oktober sehingga 2 November. Kami akan memilih satu komen terbaik untuk memenangi 2 keping tiket tersebut.
Tips: Kami menggemari komen yang mempunyai pengisian
Bagi 2 keping tiket Divine, kami akan mengadakan strim langsung pada 3 November ini bermula 9 hingga 11 malam di Youtube dan Facebook Aksiz. Ketika strim langsung tersebut, Najmi akan bermain Dota 2 dan disebabkan beliau masih belajar untuk bermain permainan tersebut, kami memerlukan anda untuk mengajar dan berkongsi tips mengenai selak-belak permainan tersebut. Sebelum penstriman berakhir, kami akan memilih penonton yang paling membantu Najmi sebagai pemenang 2 keping tiket Divine.
Tips: Najmi noob, jadi banyak perkara yang boleh diajar.
Jangan lepaskan peluang untuk memenangi tiket ini. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lanjut mengenai The KL Major, anda boleh layari laman rasmi mereka atau di Facebook eGG Network.
Laman Rasmi: The KL Major
Facebook: eGG Network