Nintendo mengumumkan yang Super Smash Bros Ultimate Direct bakal berlangsung pada 1 November 2018 dengan 40 minit pengumuman baharu akan dikongsikan.

Ini merupakan direct kedua bagi permainan tersebut, sebelum ini ia berlangsung pada Ogos lepas. Melalui direct kali ini, kemungkinan besar mereka akan mengumumkan beberapa watak baharu yang bakal disertakan di dalam permainan tersebut.

Sebelum ini ada ura-ura yang mengatakan watak-watak baharu adalah seperti berikut;

  • Shadow dari Sonic The Hedgehog
  • Banjo-Kazooie
  • Isaac dari Binding Of Isaac
  • Ken dari Street Fighter
  • Mach Rider
  • Geno dari Super Mario RPG
  • Chorus Kids dari Rhythm Heaven

Bagi anda yang berminat untuk menonton direct ini secara lansung, ia akan berlangsung pada pukul 10 malam, 1 November ini. Anda boleh menggunakan saluran Youtube yang kami disertakan di bawah ataupun menggunakan pautan Nintendo Direct.

https://www.youtube.com/watch?v=-OSFIBuaHj0

Sohor Kini