Melalui laporan kewangan Nintendo untuk suku kedua tahun fiskal 2018, mereka mengumumkan Nintendo Switch telah terjual sebanyak 22.86 juta unit secara global. Ia memperlihatkan peningkatan sebanyak 3.19 juta unit berbanding suku pertama Julai lepas.

Nintendo sebelum ini mensasarkan bagi tahun fiskal 2018, Nintendo Switch akan terjual sebanyak 20 juta unit. Dengan 2 juta unit pada suku pertama, dan 3 juta unit suku ini, Nintendo perlu menjual sebanyak 15 juta unit untuk suku ketiga dan keempat.

Selain pada itu, The Legend of Zelda: Breath of the Wild menyertai Super Mario Odyssey dan Super Mario Odyssey untuk permainan keluaran mereka yang terjual lebih 10 juta unit dengan jumlah jualan 10.28 juta unit.

Sohor Kini