EA minggu ini berkongsi lanjut mengenai sistem perkembangan di dalam permainan untuk Battlefield V terutamanya mengenai mata wang maya di dalam permainan ini.

Menurut mereka, Battlefield V akan mempunyai 2 jenis mata wang maya iaitu Company Coin dan Battlefield Currency. Company Coin akan diperoleh dengan bermain iaitu meningkatkan tahap di mod Career, menyelesaikan misi harian dan juga tugasan khas. Manakala, Battlefield Currency boleh dibeli menggunakan wang ringgit.

Company Coin boleh digunakan untuk meningkatkan tahap senjata, kenderaan dan juga mendapatkan skill. Ia juga boleh digunakan untuk mendapatkan barangan kosmetik, senjata dan kenderaan baharu.

Battlefield Currency pula hanya boleh digunakan untuk mendapatkan barangan kosmetik sahaja. EA juga beranji, permainan ini tidak menyertakan bayar untuk menang. Menariknya, buat sementara waktu selepas permainan ini dikeluarkan , Menurut EA, mereka ingin pemain memfokuskan terlebih dahulu kepada permainan sebelum menyertakan mikro-transaksi tersebut.

Kami menjangkakan Battlefield Currency akan disertakan pada Mac 2019 bersama dengan mod pertempuran royale Firestorm.

Mereka sebelum ini berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan yang berlaku semasa Battlefront II dan ini mungkin salah satu caranya. Battlefield V akan dikeluarkan pada 20 November 2018 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini