Informasi Permainan Video Terkini
The Elder Scrolls 6 Tidak Akan Dikeluarkan Untuk Konsol Generasi Sekarang

The Elder Scrolls 6 Tidak Akan Dikeluarkan Untuk Konsol Generasi Sekarang

Diterbitkan pada Okt 30, 2018 oleh .

Ketika acara E3 lepas, Bethesda mengumumkan beberapa permainan dan antaranya adalah The Elder Scrolls 6 yang sudah semestinya dinantikan ramai.

Namun, berdasarkan temubual bersama Gamespot, penerbit di Zenimax Matt Firor mengatakan semasa diumumkan di E3, Starfield diumumkan terlebih dahulu sebelum The Elder Scrolls 6. Dengan melihat jarak di antara permainan utama yang dikeluarkan oleh Bethesda, sudah boleh dijangkakan yang The Elder Scroll 6 tidak akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Tambah beliau lagi, apabila The Elder Scroll 6 dikeluarkan nanti, konsol sudah memasuki generasi yang baharu. Berdasarkan apa yang dikatakan oleh beliau, pemain perlu menunggu untuk Starfield dikeluarkan terlebih dahulu sebelum The Elder Scrolls 6.


TIPS & ULASAN