Informasi Permainan Video Terkini
DONTNOD Berkongsi Trailer Bentuk Permainan Untuk Twin Mirror – Permainan Pengembaraan Penyiasatan
PC

DONTNOD Berkongsi Trailer Bentuk Permainan Untuk Twin Mirror – Permainan Pengembaraan Penyiasatan

Diterbitkan pada Okt 30, 2018 oleh .

Twin Mirror merupakan salah satu permainan yang diumumkan ketika acara E3 2018 lepas oleh DONTNOD Entertainment dan akan diterbitkan oleh Bandai Namco.

Sebelum ini mereka berkongsi maklumat lanjut mengenai permainan tersebut, manakala hari ini mereka berkongsi trailer yang menerangkan bentuk permainan untuk permainan tersebut.

Seperti perkongsian sebelum ini, permainan ini akan memfokuskan kepada watak Sam. Di dalam trailer baharu ini, Sam mempunyai personaliti sekunder yang tampaknya berwatak jahat.

Trailer tersebut bermula dengan memperlihatkan Sam baru sedar daripada tidur dan menjumpai baju beliau mempunyai darah. Kebolehan yang ada pada Sam adalah beliau mempunyai mind palace. Menggunakan kebolehan tersebut, beliau dapat mengingat kembali perkara-perkara yang dilalui oleh beliau tanpa sedar.

Beliau perlu menyiasat menggunakan mind palace untuk menentukan apa yang berlaku. Selain itu, Sam juga boleh mengembara dan bercakap dengan penduduk sekitar untuk mendapatkan maklumat lanjut. Seperti yang diumumkan sebelum ini, permainan ini mempunyai pelbagai pilihan yang akan memberikan pengakhiran berbeza.

Twin Mirror bakal tiba buat Playstation 4, Xbox One dan PC pada 2019 ini.


TIPS & ULASAN