Bersempena dengan acara Paris games Week 2018, Bandai Namco minggu ini memperlihatkan video trailer baru khas buat permainan simulasi jet pejuang, iaitu Ace Combat 7: Skies Unknown.

Melalui video tersebut, Bandai Namco memperlihatkan pelbagai pengubahsuian jet pejuang yang boleh dilakukan oleh pemain seperti menukar kepada pelbagai jenis senjata dan misil. Menariknya juga, pemain juga berupaya untuk menukar rupa warna dan menambah pelbagai pelekat buat jet pejuang tersebut.

Selain itu, pemain juga berupaya untuk menaik-taraf pelbagai bentuk dan senjata baru buat jet pejuang yang terdapat di dalam permainan tersebut.

Ace Combat 7: Skies Unknown akan dilancarkan di Playstation 4 dan Xbox One pada 18 Januari 2019 ini. Manakala versi PC, ianya bakal tiba pada 1 Februari 2019. Bagi mod realiti-maya, ianya hanya esklusif buat Playstation VR dan ianya akan tiba secara bersama buat versi Playstation 4.

Sohor Kini