Informasi Permainan Video Terkini
.hack//G.U. Last Recode Telah Terjual Sebanyak 300,000 Salinan Selepas Setahun Pelancaran

.hack//G.U. Last Recode Telah Terjual Sebanyak 300,000 Salinan Selepas Setahun Pelancaran

Diterbitkan pada Okt 30, 2018 oleh .

.hack//G.U. Last Recode dilancarkan pada November tahun lepas yang mana ianya merupakan permainan pernambah-baikkan untuk siri .hack//G.U.

Terkini, Cyber Connect 2 iaitu pembangun permainan tersebut mengumumkan bahawa permainan tersebut telahpun terjual sebanyak 300,000 salinan. Hasil jualan ini adalah hasil buat kedua-dua jualan fizikal dan juga digital.

Pengumuman ini juga adalah sempena ulang tahun pertama buat permainan tersebut. Bersempena dengannya, Cyber Connect 2 juga berkongsi dua karya seni khas buat peminat.

Bagi anda yang masih belum bermain .hack//G.U. Last Recode, ianya telahpun dilancarkan di Playstation 4 dengan pelbagai pernambah-baikkan seperti sokongan resolusi 4k dan juga kadar 60 bingkai sesaat.

Permainan tersebut juga menyertakan permainan kompilasi .hack//GU vol. 1 Rebirth, Vol.2 Reminisce dan juga Vol. 3 Redemption. Menariknya juga, Bandai Namco juga menyertakan kandungan tambahan lain buat mereka yang berminat untuk mengetahui pengakhiran penceritaan permainan tersebut.


TIPS & ULASAN