Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Seram The Coma II Diumumkan – Bakal Tiba Tahun Hadapan

Permainan Seram The Coma II Diumumkan – Bakal Tiba Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Okt 30, 2018 oleh .

Devespresso Games hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sekuel buat permainan seram The Coma pada tahun hadapan.

Menurut pembangun, The Coma II akan mempunyai bentuk permainan yang hampir serupa dengan permainan The Coma: Recut dimana ianya akan memfokuskan bentuk permainan seram pengembaraan. Menariknya juga, mereka juga menyatakan bahawa mereka akan menyertakan pelbagai bentuk permainan baru dan juga pembunuh psiko ikonik, iaitu Dark Song.

Bagi anda yang meminati permainan seram, anda mungkin berminat untuk bermain siri The Coma dimana buat masa ini, The Coma: Recut dijual dengan harga serendah RM9.30 sempena jualan promosi Halloween di Steam.

Informasi lanjut termasuklah platform buat The Coma II masih belum dikongsikan buat masa ini.


TIPS & ULASAN