Informasi Permainan Video Terkini
Christie Diumumkan Bakal Kembali Di Dead Or Alive 6
PC

Christie Diumumkan Bakal Kembali Di Dead Or Alive 6

Diterbitkan pada Okt 30, 2018 oleh .

Salah satu watak kesukaan ramai buat siri permainan perlawanan Dead Or Alive, Christie diumumkan bahawa beliau bakal kembali di permainan terbaru siri tersebut.

Christie merupakan seorang pembunuh upahan yang asalnya diperkenalkan di dalam Dead Or Alive 3. Kali ini, beliau bakal kembali di dalam Dead Or Alive 6 dengan kemahiran seni mempertahan diri beliau. Menariknya juga, Koei Tecmo juga memperlihatkan pentas permainan baru bersempena dengan trailer video diatas.

Dead Or Alive 6 merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan bentuk pertempuran secara 3 dimensi seperti Tekken. Ianya dibangunkan oleh Team Ninja dan dilancarkan oleh Koei Tecmo pada 15 Februari 2019 di Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN