Informasi Permainan Video Terkini
God Eater 3 Bakal Dilancarkan Pada 8 Februari 2019
PC

God Eater 3 Bakal Dilancarkan Pada 8 Februari 2019

Diterbitkan pada Okt 30, 2018 oleh .

Bandai Namco hari ini berkongsi satu video trailer khas buat permainan God Eater 3. Melalui video tersebut, mereka juga berkongsi sebilangan adegan permainan, bentuk permainan dan juga tarikh pelancarannya.

God Eater 3 merupakan permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Bandai Namco. Melaluinya, pemain akan memburu pelbagai raksasa disamping mengumpul kelengkapan barangan dan senjata.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, penceritaan God Eater terbaru ini memfokuskan God Eater jenis baru yang bernama Adaptive God Eaters dimana pemain akan ditemani oleh Hugo Pennyworth, iaitu seorang Adaptive God Eaters. Sebelum ini, Bandai Namco juga mengumumkan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan dengan sokongan dwi-bahawa.

Bagi anda yang berminat, God Eater 3 akan dilancarkan pada 8 Februari 2019 dan ianya bakal tiba di Playstation 4 dan PC.


TIPS & ULASAN