Informasi Permainan Video Terkini
No Man’s Sky The Abyss Dilancarkan – Kemaskini Yang Memfokuskan Pengembaraan Di Dalam Laut
PC

No Man’s Sky The Abyss Dilancarkan – Kemaskini Yang Memfokuskan Pengembaraan Di Dalam Laut

Diterbitkan pada Okt 30, 2018 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman kemaskini terbaru The Abyss bakal tiba buat permainan No Man’s Sky, Hello Games kini akhirnya melancarkan kemaskini tersebut secara rasmi.

Kemaskini ini merupakan kemaskini percuma buat semua pemain di semua platform dimana ianya memfokuskan pengembaraan di dalam  laut. Hello Games kali ini membawa pelbagai makhluk asing baru bersama-sama dengan fungsi untuk menyelam dengan lebih mendalam dengan menggunakan kapal selam.

Tambahan itu, mereka juga menyertakan pelbagai kelengkapan bangunan pembinaan baru yang mana pemain berupaya untuk membina pangkalan di dalam air.

Bersempena dengan pelancaran kemaskini terbaru ini juga, Hello Games mengadakan jualan khas buat permainan tersebut di Steam dengan harga diskaun sebanyak 50%. Bermula sekarang sehingga 2 November ini, anda boleh dapatkan permainan tersebut dengan harga RM52.50 berbanding harga asanya RM105.

No Man’s Sky merupakan permainan penembak pandang pertama penerokaan alam terbuka. Ia telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN