Sony sebelum ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan konsol klasik PlayStation 1 yang mana ia akan menyertakan 20 permainan retro secara terbina. Sebelum ini mereka hanya mengumumkan 5 permainan sahaja dan kini, mereka akhirnya mengumumkan lebihan 15 permainan tersebut.
https://www.youtube.com/watch?v=88ACUOvfDEw
Berikut merupakan senarai permainan yang di umumkan oleh Sony:
- Battle Arena Toshinden
- Cool Boarders 2
- Destruction Derby
- Final Fantasy VII
- Grand Theft Auto
- Intelligent Qube
- Jumping Flash
- Metal Gear Solid
- Mr Driller
- Oddworld: Abe’s Oddysee
- Rayman
- Resident Evil Director’s Cut
- Revelations: Persona
- Ridge Racer Type 4
- Super Puzzle Fighter II Turbo
- Syphon Filter
- Tekken 3
- Tom Clancy’s Rainbow Six
- Twisted Metal
- Wild Arms
Sememangnya senarai permainan yang disenaraikan adalah sangat menarik dicampur dengan pelbagai jenis permainan dari JRPG sehinggalah permainan retro Oddworld: Abe’s Oddysee. Menariknya juga, Metal Gear Solid juga diumumkan bakal tiba secara bersama.
Walaupun begitu, senarai ini mungkin juga akan berubah buat rantau Malaysia, memandangkan Sony sebelum ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan yang berlainan mengikut rantau. Seperti biasa kami akan kongsikannya setelah mereka umumkan.
PlayStation Classic merupakan konsol mini yang akan dilancarkan oleh Sony Interactive Entertainment pada 3 Disember 2018 ini dengan harga RM429.