Activision bakal melancarkan permainan Spyro Reignited Trilogy pada 13 November ini di Playstation 4 dan Xbox One. Ianya merupakan permainan pernambah-baikkan daripada permainan asalnya di Playstation 1 beberapa tahun lepas.
Terkini, tampaknya sebilangan kedai atas-talian di Amerika Syarikat secara tidak sengajanya telah menyenaraikan berkas permainan yang menyertakan Spyro Reignited Trilogy Dan Crash Bandicoot N. Sane Trilogy secara bersama.
Dengan nama Spyro + Crash Game Bundle, berkas ini akan menyertakan kesemua permainan yang dipernambah-baikkan daripada Spyro Reignited Trilogy Dan Crash Bandicoot N. Sane Trilogy iaitu:
- Spyro the Dragon
- Spyro 2: Ripto’s Rage!
- Spyro: Year of the Dragon
- Crash Bandicoot
- Crash Bandicoot 2: Cortex Strikes Back
- Crash Bandcoot: Warped
Sememangnya ini merupakan satu berkas yang sangat berbaloi terutamanya buat mereka yang masih belum mempunyai permainan Crash Bandicoot N. Sane Trilogy.
Namun buat masa ini, Activision masih belum mengumumkan sebarang informasi lanjut berkenaannya dan ianya juga mungkin adalah satu berita palsu. Seperti biasa kami akan mengemaskini sebarang informasi lanjut jika terdapat sebarang informasi tambahan lain.