Informasi Permainan Video Terkini
Pendaftaran Untuk Akses Awal Tertutup Brawlhalla Versi Switch Dan Xbox One Kini Dibuka

Pendaftaran Untuk Akses Awal Tertutup Brawlhalla Versi Switch Dan Xbox One Kini Dibuka

Diterbitkan pada Okt 29, 2018 oleh .

Brawlhalla merupakan permainan pertempuran multi-pemain yang boleh dimainkan secara dalam atau luar talian. Ia sudah dikeluarkan secara percuma untuk Playstation 4 dan PC.

Bersama dengan watak Rayman yang bakal hadir dalam permainan ini, Ubisoft juga mengumumkan versi Switch dan Xbox One akan dikeluarkan pada 6 November 2018.

Jika anda ingin mencuba lebih awal, mereka kini membuka pendaftaran untuk akses awal bagi kedua-dua platform tersebut. Akses awal tersebut adalah terhad dan pemain yang mendapatnya akan dihubungi kemudian.

Pemain yang ingin bermain secara dalam talian bagi Xbox One memerlukan langganan Xbox Live Gold manakala bagi pemilik Switch, langganan Nintendo Switch Online tidak diperlukan.

Daftar Akses Awal: Brawlhalla


TIPS & ULASAN