Informasi Permainan Video Terkini
Penggodam Mengatakan Beliau Berjaya Menukar Storan Dalaman Switch

Penggodam Mengatakan Beliau Berjaya Menukar Storan Dalaman Switch

Diterbitkan pada Okt 29, 2018 oleh .

Bagi pemilik Switch, masalah yang sering diperkatakan adalah ia disertakan dengan storan dalaman yang kecil iaitu 32Gb sahaja. Bagi pemain yang gemar membeli permainan secara digital, Mikro SD menjadi kewajipan.

Seorang penggodam dari China berkongsi di forum Duowon yang memperlihatkan beliau berjaya menukar storan dalaman Switch ke saiz yang lebih besar iaitu 128Gb.

Menukar storan dalam adalah bukan sesuatu yang disokong secara rasmi oleh Switch dan ia juga bukan mudah untuk dilakukan. Jika beliau betul-betul berjaya, kemungkinan besar servis menukar storan ini akan disediakan. Namun, sudah semestinya sebarang warranty yang ada, tidak lagi sah.

Berdasarkan laporan sebelum ini, Nintendo merancang untuk mengeluarkan Switch versi baharu. Kami berharap ia juga akan menyertakan storan dalaman yang lebih besar.


TIPS & ULASAN