Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini Untuk The Evil Within 2 Menyertakan Tahap Kesukaran Baharu Dan Cheats
PC

Kemaskini Untuk The Evil Within 2 Menyertakan Tahap Kesukaran Baharu Dan Cheats

Diterbitkan pada Okt 29, 2018 oleh .

The Evil Within 2 dikeluarkan oleh Bethesda pada Oktober tahun lepas untuk Playstation 4, Xbox One dan PC. Kini, selepas setahun ia menerima kemaskini baharu yang mungkin akan membuatkan anda kembali bermain atau meneruskan permainan yang tertangguh sebelum ini.

Kemaskini yang dikeluarkan bersempena Halloween ini menyertakan pelbagai penambahan, antaranya adalah tahap kesukaran baharu iaitu “Nightmare” yang akan lebih menyukarkan permainan tersebut.

Bagi anda yang merasakan permainan ini terlalu suka, kemaskini ini juga akan menambah ‘Cheats’. Ia membolehkan anda membuang had stamina, menjadikan watak lebih kuat ataupun terus membuatkan watak anda kebal. Kesemua penambahan ini memerlukan anda memiliki dan menyambung akaun Bethesda.net ke permainan ini.

Ini sudah semestinya satu penambahan yang baik, bagi anda yang masih tidak memiliki permainan ini, kami sangat mengesyorkan anda untuk mendapatkannya. Anda boleh baca ulasan penuh kami menggunakan pautan di bawah.

Ulasan The Evil Within 2 – Permainan Yang Diterbitkan Oleh Bapa Kepada Survival Seram


TIPS & ULASAN