Informasi Permainan Video Terkini
Bethesda Memperlihatkan Trailer Aksi-Nyata Untuk Fallout 76
PC

Bethesda Memperlihatkan Trailer Aksi-Nyata Untuk Fallout 76

Diterbitkan pada Okt 29, 2018 oleh .

Fallout 76 akan dikeluarkan tidak lama lagi dan pemain yang pra-tempah permainan tersebut sudah mencuba versi beta yang berlansung pada 23 Oktober 2018 untuk Xbox One manakala 30 Oktober 2018 untuk PS4 dan PC.

Hari ini, Bethesda berkongsi trailer baharu buat permainan tersebut. Menariknya, trailer tersebut adalah dalam bentuk aksi-nyata dan menggunakan tema yang ceria terutama dari segi lagu.

Trailer aksi-nyata tersebut mungkin melambangkan Fallout 76 merupakan permainan dalam talian, di mana kesemua watak kecuali raksasa, merupakan pemain sebenar.

Fallout 76 merupakan permainan pasca-apokaliptik seterusnya buat siri Fallout. Ia dirancang untuk dilancarkan buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada 14 November 2018.


TIPS & ULASAN