Gun Media hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan seram Layers Of Fear 2 pada tahun hadapan. Permainan tersebut merupakan permainan kedua selepas Layers Of Fear dilancarkan pada 2016 lepas.
Buat masa ini, informasi lanjut berkenaan permainan ini masih belum diumumkan. Namun, Gun Media telahpun memuat-naik satu video acah buat permainan tersebut yang mana kali ini tampaknya ianya akan memfokuskan kawasan permainan di atas bot.
Seperti biasa, kami akan kongsikan sebarang informasi tambahan berkenaannya setelah ianya diumumkan kelak.