Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Hari Ini: Murderous Pursuits
PC

Permainan Percuma Hari Ini: Murderous Pursuits

Diterbitkan pada Okt 28, 2018 oleh .

Bagi anda yang pernah bermain mod multi-pemain Assassin’s Creed sebelum ini di Assassin’s Creed Revelation, anda mungkin berminat untuk mencuba permainan Murderous Pursuits.

Blazing Griffin, iaitu pembangun permainan tersebut hari ini menawarkan permainan tersebut secara percuma dimana anda berupaya untuk memilikinya di perpustakaan permainan Steam anda selamanya.

Namun, tawaran tersebut hanya terhad bermula hujung minggu ini sehingga 29 Oktober ini jam 10 pagi sahaja. Sekaligus bagi anda yang masih belum menebusnya, anda boleh berbuat demikian di pautan laman Steam dibawah.

Murderous Pursuits merupakan multi-pemain yang memfokuskan 1 hingga 8 pemain di dalam satu kawasan. Melaluinya, pemain perlu membunuh pemain lain secara senyap sebelum pemain lain membunuh anda.

Bagi anda yang pernah bermain mod multi-pemain Assassin’s Creed Revelation sebelum ini, sememangnya bentuk permainan ini adalah seakan bentuk permainan tersebut. Memandangkan siri Assassin’s Creed tidak lagi memfokuskan bentuk multi-pemain, anda mungkin berminat untuk mencuba permainan ini untuk bermain semula mod seakan permainan tersebut.

Steam: Murderous Pursuits


TIPS & ULASAN