Informasi Permainan Video Terkini
Mod Sandbox: Freeplay Diumumkan Bakal Tiba Buat Permainan Two Point Hospital
PC

Mod Sandbox: Freeplay Diumumkan Bakal Tiba Buat Permainan Two Point Hospital

Diterbitkan pada Okt 28, 2018 oleh .

Two Point Hospital merupakan permainan simulasi hospital yang dilancarkan Ogos lepas di PC melalui Steam. Ianya mendapat sambutan ramai dengan bentuk permainan yang diinspirasi daripada permainan Theme Hospital yang dilancarkan beberapa tahun lepas di Playstation 1.

Terkini, Two Point mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan kemaskini terbaru buat permainan tersebut dimana ianya akan menyertakan mod Sandbox: Freeplay.

Melalui mod tersebut, pemain berupaya untuk menghasilkan hospital pemain sendiri tanpa had dan kesemua bilik-bilik rawatan dan kelengkapan akan dinyah-kunci secara bersama.

Sekaligus, pemain juga diberi kebebasan untuk menukar pelbagai kostum doktor atau pekerja, dan juga menukar nama-nama doktor. Menariknya juga, mod tersebut juga tidak akan memberi sebarang had buat hasil kewangan buat pemain.

Bagi anda yang meminati permainan simulasi hospital, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan Two Point Hospita. Kami juga sebelum ini telahpun membuat ulasan penuh buat permainan tersebut dimana anda boleh membacanya dibawah.

Ulasan Two Point Hospital – Permainan Simulasi Hospital Yang Menyeronokkan


TIPS & ULASAN