Tetris Effect iaitu permainan Tetris yang dibangunkan oleh Enhance Games bakal dilancarkan pada 9 November ini. Permainan tersebut dihasilkan oleh Tetsuya Mizuguchi dimana beliau terkenal dengan permainan Rez dan Lumines.
Terkini, melalui laporan PushSquare, Enhance Games akan melancarkan demo terhad buat permainan tersebut pada 1 hingga 5 November ini dimana pemain berupaya untuk mencuba permainan tersebut sebelum membelinya. Menariknya juga, demo tersebut juga akan menyokong bentuk realiti-maya dengan menggunakan Playstation VR.
Sebelum ini, Sony juga berkongsi senarai harga buat Tetris Effect yang mana ianya sudah boleh dipra-tempah dengan harga RM129.