Shawn Layden, iaitu ketua pegawai eskutif Sony Interactive Entertainment hari ini menyatakan bahawa trailer pertama buat permainan MediEvil di Playstation 4 bakal tiba 31 Oktober kelak.

Melalui Blogcast Playstation yang dilakukan minggu ini, beliau juga menyatakan bahawa permainan tersebut bukan hanya sekadar permainan pernambah-baikkan, malah mereka akan menghasilkan semula permainan tersebut dengan olahan baru.

Shawn Layden juga mengesahkan bahawa permainan tersebut dibangunkan oleh studio pembangun Other Ocean Interactive yang mana mereka membangunkannya dengan mengambil rujukan daripada karya seni dan rekaan asal permainan tersebut.

Sememangnya ini merupakan sesuatu yang sangat menggembirakan buat peminat asal permainan MediEvil yang mana permainan tersebut dihasilkan dengan pasukan yang menghormati karya asal permainan tersebut. Sebelum ini, pelakon suara latar Sir Daniel juga berkongsi yang mana beliau bakal kembali buat permainan tersebut.

MediEvil merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan watak Sir Daniel Fortesque. Ia dilancarkan pada 1998 di konsol Playstation 1. Ia kemudiannya dilancarkan sebilangan sekuel pada tahun 2000 dan 2005 di Playstation Portable. Pada PSX 2017 lepas, Sony mengumumkan bahawa mereka akan membawa semula permainan tersebut di Playstation 4.

Sohor Kini