Informasi Permainan Video Terkini
Subway Surfers Merupakan Permainan Terbanyak Dimuat Turun Dalam Sejarah Play Store

Subway Surfers Merupakan Permainan Terbanyak Dimuat Turun Dalam Sejarah Play Store

Diterbitkan pada Okt 27, 2018 oleh .

Kedai aplikasi utama bagi pengguna peranti pintar yang menggunakan sistem operasi Android adalah Play Store ataupun dikenali sebagai Android Market pada permulaan mereka.

Bulan ini, Play Store menyambut ulang tahun yang ke-10. Bersempena dengan itu, App Annie mengeluarkan senarai 10 permainan mudah alih yang paling banyak dimuat turun dalam sejarah Play Store.

Menariknya, Subway Surfers mendahului senarai tersebut diikuti oleh Candy Crush Saga, My Talking Tom, Pou dan Temple Run. Kami tidak terkejut Subway Surfer mendahalui, ia adalah permua yang sudah lama dikeluarkan dan sangat popular pada awal permulaan dikeluarkan. Bahkan, pada Mei lepas kami melaporkan yang Subway Surfer telah dimuat turun sebanyak 2 bilion kali untuk iOS dan Android.

Dalam 10 permua yang tersenerai, berapa yang ada dipasang di peranti pintar anda sekarang?


TIPS & ULASAN