Skip to main content

Capcom hari ini mengumumkan yang mereka bakal mengeluarkan permainan klasik daripada siri Resident Evil iaitu Resident Evil, Resident Evil 0 dan Resident Evil 4 ke konsol Switch pada tahun 2019.

Resident Evil merupakan permainan pertama untuk siri ini dan dikeluarkan pada tahun 1996 untuk Playstation sebelum di keluarkan untuk PC, Saturn dan DS. Manakala Resident Evil 0 merupakan prekuel kepada Resident Evil yang dikeluarkan kemudian iaitu pada tahun 2002 untuk Gamecube. Resident Evil 4 yang dikatakan merupakan antara permainan terbaik untuk siri ini pula dikeluarkan pada tahun 2005 untuk Gamecube dan Playstation 2.

Capcom juga mengatakan maklumat lanjut akan diumumkan kemudian. Bagi peminat Resident Evil yang memiliki konsol Switch ini sudah semestinya satu berita yang baik.

Leave a Reply