Bandai Namco minggu ini mengeluarkan satu trailer baharu untuk Jump Force. Melaluinya, ia memperlihatkan 2 watak baharu untuk permainan tersebut iaitu Kenshiro daripada Fist of the North Star dan Ryo Saeba daripada City Hunter.

Dengan pengumuman tersebut, Bandai Namco telah mengumumkan 28 watak setakat ini. Buat masa ini tiada informasi mengenai berapa jumlah watak yang akan disertakan di dalam permainan ini.

Jump Force akan dilancarkan pada 15 Februari 2019 buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini