Skip to main content

Bulan lepas kami melaporkan yang PUBG Mobile mencatat pendapatan sebanyak $25 juta yang menjadikan jumlah pendapatan permua tersebut sebanyak $75 juta sejak dikeluarkan.

Minggu ini, berdasarkan anggaran oleh Sensor Tower, PUBG Mobile telah menambah $25 juta lagi pada bulan ini yang menjadikan pendapatan mereka sebanyak $100 juta(~RM417 juta) selepas 192 hari dikeluarkan untuk iOS dan Android.

Pencapaian tersebut masih ketinggalan jika ingin dibandingkan dengan permua pertempuran royale yang lain. Sebagai contoh, permua Fortnite mengutip $100 juta selepas 90 hari dikeluarkan dan $300 juta selepas 200 hari. Jumlah tersebut hanyak untuk pendapatan melalui iOS.

Namun, seperti kami melaporkan sebelum ini, pengenalan Royale Pass untuk PUBG Mobile meningkatkan pendapatan PUBG Mobile sebanyak 400%. Walaupun ketinggalan, mereka sudah semestinya sedang mengejar.

Leave a Reply