Informasi Permainan Video Terkini
Rekaan Pistol Nerf Berdasarkan Permainan Fortnite Diperlihatkan – Akan Tiba Pada 1 Jun 2019

Rekaan Pistol Nerf Berdasarkan Permainan Fortnite Diperlihatkan – Akan Tiba Pada 1 Jun 2019

Diterbitkan pada Okt 26, 2018 oleh .

Nerf sebelum ini mengumumkan bahawa mereka akan menghasilkan set pistol mainan berdasarkan permainan Fortnite. Hari ini, mereka memperlihatkan rekaan untuk pistol mainan tersebut.

Nama untuk pistol mainan tersebut juga diumumkan iaitu The Nerf Fortnite AR-L Blaster dan akan mula dipasarkan pada 1 Jun 2019 dan beharga $49.99(~RM208). Ia akan mempunyai klip 10-peluru dan akan disertakan dengan 20 peluru Elite.

Kerjasama ini bukanlah pertama kali bagi Hasbro dan Epic Games, sebelum ini mereka juga mengumumkan permainan Monopoly versi Fortnite akan turut dikeluarkan.


TIPS & ULASAN