Deep Silver hari ini memulakan promosi jualan untuk siri permainan Metro. Bersempenanya, mereka menawarkan Metro 2033 iaitu permainan pertama siri ini yang dikeluarkan pada tahun 2010 secara percuma. Namun tawaran ini sehingga 1 pagi 27 Oktober 2018 sahaja.
Metro 2033 merupakan permainan penembak pandangan pertama yang berlaku di dunia dystopia. Permainan ini mempunyai elemen realism serta seram yang membuatkan ia sangat menarik.
Versi yang ditawarkan percuma adalah versi asal permainan tersebut. Mereka sebelum ini mengeluarkan versi Redux yang mempunyai peningkatan dari segi grafik dan prestasi permainan.
Jika anda ingin mendapatkan versi tersebut, ia juga ditawarkan dengan harga promosi iaitu RM12.92. Jika anda ingin mendapatkan sekuel kepada permainan ini iaitu Metro: Last Light, ia juga dijual dengan harga yang sama secara berasingan.
Anda juga boleh membeli kedua-duanya bersama dengan harga lebih murah iaitu RM19.38.
[download]Steam: Metro 2033[/download]