Informasi Permainan Video Terkini
MissX ‘Iori Yagami’ Diumumkan Bakal Tiba Di SNK Heroines: Tag Team Frenzy

MissX ‘Iori Yagami’ Diumumkan Bakal Tiba Di SNK Heroines: Tag Team Frenzy

Diterbitkan pada Okt 26, 2018 oleh .

Sebelum ini, SNK memperlihatkan watak Terry Bogard dan Skullomania yang ditukarkan jantina dan tiba sebagai watak tambahan buat permainan perlawanan SNK Heroines: Tag Team Frenzy.

Terkini, SNK mengambil langkah seterusnya dengan membawa watak Iori Yagami dari siri King Of Fighters sebagai MissX.

Sememangnya watak MissX adalah watak lelaki yang menyamar menjadi perempuan dimana melalui video acah diatas, suara Iori Yagami masih lagi kedengaran.

Walaupun begitu, MissX masih lagi akan tiba di dalam permainan perlawanan bertemakan wanita, SNK Heroines: Tag Team Frenzy dimana pemain bukan sahaja berupaya untuk menggunakan beliau dengan pelbagai serangan kemahiran klasik Iori Yagami, malah pemain juga berupaya untuk mengubah-suai pakaian-pakaian beliau.

Menurut SNK, MissX akan dilancarkan sebagai DLC pernambahan pada 15 November ini dengan harga RM20 setiap satu watak.

SNK Heroines Tag Team Frenzy merupakan permainan perlawanan secara berkumpulan berdasarkan watak-watak wanita daripada siri permainan SNK. Permainan ini telahpun dilancarkan pada 7 September lepas khas di konsol Playstation 4 dan Switch.


TIPS & ULASAN