Skip to main content

SEGA hari ini mengumumkan melalui Twitter rasmi permainan Sonic bahawa mereka akan menunda permainan Team Sonic Racing sehingga Mei 2019. Permainan tersebut asalnya dirancang untuk dilancarkan pada musim sejuk tahun ini iaitu antara bulan Disember 2018 sehingga Mac 2019.

Menurut SEGA, mereka memerlukan masa untuk membaiki permainan tersebut yang mana mereka ingin melancarkannya dengan kualiti permainan terbaik.

Sebelum ini, kami juga melaporkan bahawa permainan ini akan memfokuskan bentuk permainan secara arked, dan ianya akan menyertakan mod permainan secara solo dan juga secara multi-pemain di luar-talian dan atas-talian.

Team Sonic Racing dan ia bakal tiba buat Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC pada 21 Mei 2019.

Leave a Reply