Informasi Permainan Video Terkini
Alan Wake Disenaraikan Semula Di Steam – Promosi Jualan Sehingga 2 November
PC

Alan Wake Disenaraikan Semula Di Steam – Promosi Jualan Sehingga 2 November

Diterbitkan pada Okt 26, 2018 oleh .

Alan Wake iaitu permainain keluaran Remedy Entertainment sebelum ini tidak dipadam di Steam pada tahun lepas akibat tempoh perlesenan muzik telah tamat.

Kini, Remedy Entertainment mengumumkan bahawa permainan tersebut kembali ke Steam dimana tampaknya mereka sudah menyelesaikan masalah perlesenan muzik tersebut. Tambahan itu, Remedy Entertainment juga menyatakan platform permainan digital yang lain juga akan disenaraikan semula pada masa akan datang.

Menariknya juga, bersempena dengan perkara di atas, Remedy Entertainment juga mengadakan jualan khas di Steam dimana bermula hari ini sehingga 2 November ini, anda boleh dapatkan permainan tersebut dengan harga serendah RM6.40 berbanding harga asalnya RM32. Bagi edisi lengkap pula ianya dijual dengan harga RM8.80 berbanding harga asal RM44. Bagi anda yang berminat, anda boleh ke pautan rasmi Steam Alan Wake dibawah.

Alan Wake merupakan permainan aksi seram yang dibangunkan oleh Remedy Entertainment di Xbox 360 dan PC beberapa tahun lepas. Sebelum ini, kami juga melaporkan bahawa permainan tersebut akan diterjemahkan kepada TV siri oleh Peter Calloway.

Laman Steam : Alan Wake


TIPS & ULASAN