Skip to main content

Vampyr iaitu permainan aksi RPG yang dibangunkan oleh DONTNOD Entertainment hari ini diumumkan bahawa ianya bakal tiba di konsol hibrid, Nintendo Switch.

Melalui laporan kewangan Focus Home Interactive, mereka menyatakan bahawa selepas kejayaan permainan tersebut di Playstation 4, Xbox One dan PC, mereka berminat untuk membawa permainan Vampyr di konsol Switch untuk meluaskan lagi pasaran buat pemain-pemain lain.

Namun dari segi informasi lain seperti tarikh pelancaran dan bentuk permainan, Focus Home Interactive tidak berkongsi sebarang pengumuman berkenaannya.

Ini merupakan sesuatu yang sangat menarik, memandangkan permainan tersebut mendapat sambutan ramai dengan hasil jualan sebanyak 450,000 sebulan selepas pelancaran. Dengan pelancarannya di Switch, kami pasti ia akan mendapat sambutan yang lebih ramai.

Vampyr sebelum ini telahpun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Leave a Reply