Nintendo Switch dilancarkan pada Mac 2017 lepas dan sudah melebihi setahun lebih konsol tersebut berada di pasaran dengan pelbagai permainan telahpun dilancarkan di konsol tersebut.
Terkini, bersempena dengan lebih dari seribu permainan berada di konsol tersebut, Nintendo berkongsi satu video khas yang mana ianya memperlihatkan pelbagai jenis permainan di konsol tersebut yang sesuai untuk seisi keluarga.
https://www.youtube.com/watch?v=Put0Dtck164
Menariknya, video iklan tersebut tampaknya memfokuskan permainan Super Smash Bros. Ultimate yang bakal tiba Disember ini. Selain daripada itu, Nintendo juga mengiklankan sebilangan permainan lain keluaran mereka seperti Super Mario Party, Nintendo Labo dan juga permainan oleh Epic Games, Fortnite.
Sebelum ini kami juga berbincang berkenaan konsol hibrid tersebut dan merasa ianya antara konsol yang sangat menarik dan sesuai untuk dimiliki sekarang. Anda boleh menonton sesi perbincangan tersebut dibawah melalui sesi Disk-Aksiz dibawah.
Bagaimana pula dengan anda, adakah anda menyukai konsol Switch? Permainan apakah yang anda mainkan di konsol tersebut? Tinggalkan komen anda dibawah.