Informasi Permainan Video Terkini
Yooka-Laylee Bakal Menerima Kemaskini Mod Visual 64-Bit Secara Percuma

Yooka-Laylee Bakal Menerima Kemaskini Mod Visual 64-Bit Secara Percuma

Diterbitkan pada Okt 25, 2018 oleh .

Playtonic Games hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mengemaskini permainan platformer mereka, Yooka-Laylee dengan visual grafik 64-bit.

Melalui mod ini, pemain berupaya untuk menikmati keseluruhan permainan tersebut secara bentuk visual 64bit yang pasti akan membuat pemain mengenang kembali saat-saat ketika bermain permainan klasik seperti Crash Bandicoot, ataupun Super Mario 64.

Menariknya, mod tersebut bukan sahaja mengubah visual grafik permainan tersebut kepada visual yang lebih ringkas, malah ianya juga akan menyertakan penuras seakan bermain di televisyen CRT.

Buat masa ini, tarikh pelancaran bagi mod retro ini masih belum diumumkan. Namun menurut Playtonic Games akan melancarkannya secara percuma buat kesemua platform permainan tersebut.

Yooka-Laylee merupakan permainan plaformer yang dibangunkan oleh Playtonic Games dan dikeluarkan oleh Team17 di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC pada tahun lepas. Permainan tersebut merupakan permainan yang diinspirasikan daripada permainan Banjo-Kazooie yang mana ianya dilancarkan di konsol Nintendo 64 hampir 20 tahun lepas.


TIPS & ULASAN