Nerf hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menghasilkan set pistol mainan berdasarkan permainan Fortnite. Ini bukanlah sesuatu yang baru buat kerjasama Nerf dengan francais berdasarkan permainan video dimana sebelum ini mereka juga pernah bekerjasama bersama Blizzard untuk melancarkan set pistol mainan berdasarkan Overwatch.
Walaupun begitu, ianya agak pelik memandangkan set-set senjata yang terdapat di dalam permainan Fortnite diambil daripada set senjata dari dunia nyata.
Buat masa ini Nerf masih belum berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaannya, seperti biasa kami akan mengemaskini berkenaannya setelah Epic Games dan Nerf mengumumkannya kelak.


