Informasi Permainan Video Terkini
Dragon Quest XI Dilaporkan Mendapat Hasil Jualan Tertinggi Buat Siri Tersebut
PC

Dragon Quest XI Dilaporkan Mendapat Hasil Jualan Tertinggi Buat Siri Tersebut

Diterbitkan pada Okt 25, 2018 oleh .

Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age baru sahaja dilancarkan September lepas dimana kami memberi ulasan yang mana ianya merupakan permainan JRPG terbaik yang pernah kami mainkan.

Terkini, melalui laporan seorang penganalisa dari NPD, Mat Piscatella menyatakan bahawa permainan tersebut mendapat hasil jualan tertinggi buat siri tersebut dengan hasil jualan berganda daripada Dragon Quest IX.

Walaupun begitu, dari segi jumlah salinan yang terjual, pihak Square-Enix tidak berkongsi sebarang nilai baginya. Namun, ianya tidaklah sesuatu yang mengejutkan jika permainan tersebut mendapat hasil jualan melebihi 1 juta salinan memandangkan versi bahasa Jepun bagi permainan tersebut telahpun terjual melebihi 2 juta salinan.

Ini sememangnya satu berita yang sangat menarik memandangkan ianya merupakan siri Dragon Quest utama yang kembali kepada bentuk permainan secara solo. Kami sendiri di Aksiz juga sangat menyukai permainan tersebut. Bagi anda yang berminat untuk membaca ulasan kami, anda boleh ke pautan dibawah.

Ulasan Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age – JRPG Terbaik Di Playstation 4


TIPS & ULASAN