Informasi Permainan Video Terkini
Acara Fortnitemares Kini Bermula Buat Permainan Fortnite Sempena Bulan Halloween

Acara Fortnitemares Kini Bermula Buat Permainan Fortnite Sempena Bulan Halloween

Diterbitkan pada Okt 25, 2018 oleh .

Dengan bulan Halloween bagi bulan Oktober ini, Epic Games hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali acara Fortnitemares buat permainan Fortnite.

Melalui acara tersebut, Epic Games akan menyertakan sebilangan kostum-kostum baru bertemakan Halloween yang mana pemain boleh dapatkannya melalui cabaran baru yang disediakan.

Menariknya juga, melalui mod pertempuran Royale, kiub khas yang terdapat di dalam permainan tersebut juga akan memanggil pelbagai zombi dan raksasa dimana pemain perlu bertempur dengan mereka.

Menariknya, Epic Games juga akan menyertakan satu kostum khas yang bernama Deadfire dimana ianya akan berubah ketika sesi permainan mengikut prestasi pemain. Selain itu, Epic Games juga akan menyertakan senjata baru Six Shooter dan juga alat peluncur baru yang mana mana pemain juga boleh dapatkan melalui acara ini.

Acara Fortnitemares 2o18 bagi permainan Fortnite telah pun bermula sekarang dimana anda berupaya untuk bermainnya dengan mengemaskini permainan tersebut. Menurut laporan, acara tersebut akan tamat pada 26 November kelak, sekaligus anda mempunyai masa sepanjang bulan untuk mendapatkan kelengkapan tersebut.


TIPS & ULASAN