Tampaknya, Xiaomi iaitu pengeluar telefon pintar terkenal kini akan memasuki arena permainan video mereka sendiri dimana hari ini, mereka mengumumkan permainan Survival Game, iaitu sebuah permua (Permainan Mudah-Alih) pertempuran Royale buat peranti telefon pintar.

Sudah semestinya dengan kejayaan PUBG dan Fortnite baru-baru ini membuat ramai pembangun permainan berminat untuk menyertai arena permainan bergenrekan pertempuran royale, namun menurut Xiaomi, Survival Games merupakan permua yang memfokuskan bentuk sci-fi dengan berskala lebih besar.

Seperti permainan pertempuran Royale lain, Survival Game akan meletakkan pemain di satu kawasan yang luas dan pemain perlu bertempur sehingga menjadi pemain terakhir. Segala kelengkapan dan senjata akan disediakan melalui peta kawasan permainan dimana pemain perlu mencarinya sendiri.

Menurut Xiaomi, permua ini akan menyertakan pelbagai jenis watak, senjata dan kenderaan yang bertemakan sci-fi. Menariknya juga, permua ini juga akan menyertakan satu kenderaan seakan kapal terbang yang pasti akan memberi kelainan berbanding permainan pertempuran royale lain.

Buat masa ini, di forum rasmi Mi, Xiaomi sedang menjemput pemain untuk mencuba beta tertutup dimana anda boleh mendaftar melalui pautan yang disediakan oleh Xiaomi dibawah.

Daftar – Beta Tertutup Survival Game

Sohor Kini