Dengan pelancaran permainan Super Smash Bros. Ultimate semakin hampir, baru-baru ini Nintendo Everything melaporkan bahawa terdapat pelbagai lagi watak baru yang bakal tiba buat permainan tersebut.

Menurut laporan tersebut, watak tersebut tertiris melalui proses percetakkan permainan tersebut melalui seorang pengguna aplikasi Snapchat. Dimana selepas selidik, pengguna tersebut tampaknya terlibat dengan percetakkan iklan dan salah satu pelanggan mereka adalah Bandai Namco.

Melalui imej yang tertiris, watak yang tersenarai adalah:

  • Shadow dari Sonic The Hedgehog
  • Banjo-Kazooie
  • Isaac dari Binding Of Isaac
  • Ken dari Street Fighter
  • Mach Rider
  • Geno dari Super Mario RPG
  • Chorus Kids dari Rhythm Heaven

Namun, ianya masih lagi satu khabar angin dan ianya juga mungkin adalah imej palsu. Walaubagaimana pun, dengan pelancaran permainan yang semakin hampir, kami percaya Nintendo akan berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaan di dalam bulan akan datang.

Super Smash Bros. Ultimate merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Nintendo secara khas di konsol Switch. Ia merupakan satu permainan yang menjadi ikutan ramai dengan bentuk permainannya yang menarik dan senarai watak-watak dari pelbagai francais termasuklah permainan dari pengeluar permainan lain. Menurut Nintendo, permainan ini akan dilancarkan pada 7 Disember 2018 ini.

Sohor Kini