Nintendo hari ini berkongsi satu video khas dimana mereka berkongsi cara-cara untuk bermain permainan Sid Meier’s Civilization VI yang mana ianya bakal tiba November ini di Switch.

Permainan tersebut diumumkan buat Switch ketika acara Nintendo Direct lepas dimana ianya merupakan permainan strategi turutan yang sangat terkenal di PC.

Melalui video yang dipertontonkan, ianya menunjukkan bagaimana pemain perlu bermula untuk bermain permainan tersebut dengan memilih ketua tamadun. Tambahan itu, Nintendo juga akan menambah pelbagai episod lagi berkenaan permainan tersebut untuk menerangkan bagaimana untuk bermain permainan tersebut.

Menariknya juga, pembangun permainan tersebut juga mengesahkan bahawa permainan tersebut akan menyokong bentuk kawalan secara skrin sesentuh melalui mod bermain secara mudah-alih di Switch.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini di Switch, ianya bakal tiba pada 16 November 2018 dengan $59.99(~RM250).

Sohor Kini