Informasi Permainan Video Terkini
Santa Monica Studio Berkongsi Video Pepijat God Of War Ketika Proses Pembangunan

Santa Monica Studio Berkongsi Video Pepijat God Of War Ketika Proses Pembangunan

Diterbitkan pada Okt 25, 2018 oleh .

God Of War merupakan salah satu permainan esklusif Playstation 4 yang dilancarkan tahun ini dan merupakan salah satu permainan terbaik di konsol tersebut buat tahun ini. Ianya dilancarkan April lepas oleh Sony Interactive Entertainment dan dibangunkan oleh Santa Monica Studio.

Walaupun begitu, ketika proses pembangunannya, semestinya terdapat pelbagai pepijat yang merosakkan permainan dan pada masa yang sama kelakar. Terkini, Santa Monica Studio berkongsi video khas yang memperlihatkan pepijat-pepijat tersebut.

Melalui video tersebut, Santa Monica Studio memperlihatkan pelbagai pepijat yang mana ianya boleh merosakkan permainan termasuklah keadaan-keadaan permainan yang pelik. Namun begitu, sebahagian daripadanya agak kelakar disebabkan bentuk pepijat yang menyebabkan sesentengah permainan menjadi lucu.

Sememangnya ini hanyalah satu video yang dikongsikan oleh mereka ketika proses pembangunan sahaja dan ianya bukanlah keadaan terakhir permainan tersebut apabila ianya dilancarkan.

Sebelum ini, kami juga telahpun membuat ulasan penuh buat permainan tersebut dimana anda boleh membacanya dibawah.

Ulasan God Of War – Permainan Terbaik Dan Epik Buat Siri Tersebut


TIPS & ULASAN