Dengan hampirnya acara kejohanan Dota 2 terbesar di Malaysia, iaitu Kuala Lumpur Major pada November ini, HyperX iaitu bahagian permainan video oleh Kingston Technology hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menaja perkakasan secara rasmi buat kejohanan tersebut.

Melalui penajaan ini, HyperX akan menyediakan set fon kepala, papan kekunci dan tetikus khas untuk pemain-pemain Dota 2 ketika acara kejohanan tersebut. Kesemua perkakas tersebut dihasilkan dengan rekaan khas untuk kegunaan bersama-sama permainan video.

Menurut Susan Yang, pengarah pemasaran Asia Tenggara bagi HyperX, beliau berbesar hati untuk menyediakan kelengkapan terbaik untuk pemain Dota 2 dengan menyertai acara Kuala Lumpur Major tersebut.

Kuala Lumpur Major merupakan acara kejohanan utama pertama bagi musim DPC 2018-2019 yang mana ianya bermula 9 hingga 18 November di Axiata Arena. Dengan hadiah melebih RM4 juta, anda boleh melayari pautan dibawah untuk mengetahui informasi lanjut berkenaan harga jualan tiket acara tersebut.

Tiket Awal Buat Kejohanan The Kuala Lumpur Major Akan Mula Dijual 14 September Ini

Sohor Kini