Hidden Folks merupakan permainan barangan tersembunyi yang mengambil inspirasi daripada “Where’s Wally”. Ia adalah permainan yang memerlukan pemain mencari pelbagai watak serta barangan di dalam sesuatu kawasan.
Permainan ini dibangunkan oleh Adriaan de Jongh dan setiap kawasan dilukis oleh Sylvain Tegroeg. Menariknya, setiap bunyi tidak kira watak atau barangan adalah menggunakan suara Adriaan de Jongh sendiri.
Permainan ini sudah dikeluarkan untuk iOS, Android dan PC pada Februari tahun lepas, dan telah menerima pelbagai kemaskini termasuk juga penambahan baharu iaitu The Beach yang menyertakan 5 kawasan baharu. Ia boleh didapati pada harga RM7.90. Permainan asal juga boleh didapati dengan harga RM 7.90 untuk versi permua dan RM19.99 untuk PC, Linux dan Mac.
https://twitter.com/AdriaandeJongh/status/1055240075460505600
Hari ini, Adriaan juga mengacah melalui kuciran di akaun Twitter beliau yang permainan ini akan turut dikeluarkan untuk Switch. Namun, buat masa ini tiada tarikh pengeluaran yang diumumkan.