Skip to main content

Hari ini, Modus Games mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan seterusnya buat siri Trine, iaitu Trine 4: The NIghtmare Prince untuk konsol Playstation4, Xbox One, Switch dan PC pada tahun hadapan.

Siri Trine sebelum iin telahpun terjual lebih dari 8 juta salinan yang mana permainan pertamanya dilancarkan pada 2009 lepas. Permainan terakhir mereka Trine 3: The Artifacts of Power sebelum ini dilancarkan pada 2015 lepas dan peminat telahpun sudah meminati sekuel kepada permainan tersebut, kini Frozenbyte akhirnya akan melancarkannya.

Christina Seelye, pegawai eskutif Modus Games menyatakan bahawa mereka sangat berbesar hati untuk meneruskan siri tersebut bersama pembangun Frozenbyte dan mereka juga pasti bahawa permainan tersebut merupakan permainan yang pasti peminat akan nantikan.

Buat masa ini, informasi berkenaan permainan tersebut masih belum dikongsikan namun bagi anda boleh melawati laman rasmi permainan tersebut dibawah. Seperti biasa kami akan kongsikan sebarang informasi lanjut setelah mereka umumkan.

[info] Layari : Trine 4: The Nightmare Prince [/info]

Leave a Reply