Ys VIII: Lacrimos of Dana pertama kali dikeluarkan untuk PS Vita pada tahun 2016 sebelum turut dikeluarkan untuk Playstation 4 pada September tahun lepas. Manakala versi PC tiba pada April tahun ini dan diikuti versi Switch pada Jun lepas.

Minggu ini, Falcom mengumumkan yang permainan tersebut telah terjual sebanyak 500 ribu unit, namun mereka tidak berkongsi pecahan berdasarkan platform.

Pengeluaran permainan ini untuk pelbagai konsol sudah semestinya membantu untuk meningkatkan jumlah terjualnya permainan ini. Namun, buat masa ini versi PC masih mempunyai masalah teknikal walaupun lebih baik berbanding pada awal pengeluaran. Ia serba sedikit mengurangkan minat untuk pemain membelinya.

Sohor Kini